>mata penaku punat papan kekunciku yang hilan satu persatu


mencari cahaya dari sudut yang kian gelap menyembunyikan sakit dalam langkah pendosa yang tersenyum . . .

Sunday 10 March 2013

...DUNIA KADANG-KADANG JADI HEBOH KERANA ADA KAU DAN AKU...









...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...



Si kawan katil bawah (maklumlah katil 2 tingkat) datang tiba-tiba depan pintu tandas yang tak berkunci dimana dalamnya ada si kawan kati atas pula yang tengah mencuci  muka.


KKB : Eh kawanku.

KKA : Ya sahabatku (dengan penuh skema betul ayatnya dalam tandas tu).

KKB : Aku mahu bagitahu 1 fakta ni.

KKA : Apa dia (dengan penuh seriusnya dia mendengar sambil mengosok-gosok mukanya).

KKB : Kau tahu tak di Brazil jadi penjenayah itu adalah 1 kesalahan.

KKA :  (-_-#) Kalau aku tendang kau + karate + silambam + silat + semua yang ada kau      
jangan tanya kenapa ya (haha..sambil memandang dengan pandangan yang tak boleh blahhh).


Haha..bestkan ada sahabat.


Aku pun ada seorang juga sahabat macam diatas tu.Kami tidur satu katil (jangan salah faham taw katil dua tingkat ne).InsyaAllah tak lama lagi dia dah jadi dokter dah disaat-saat aku masih lagi mencari arah tuju ini.


Bersahabat tu best sangat-sangat.Disaat-saat kita jauh dari keluarga,Allah hantar kepada kita mereka-mereka ini agar kita tidak sepi dan kekok dalam meneruskan hari-hari berbaki kita ini.Baikkan Allah.


Bila kita dah ada sahabat,lebih-lebih lagi yang satu kepala dan satu hati dengan kita,masa itu kita buat kerja gila yang memalukan pun kita sanggup juga buat kerana ada sahabat-sahabat kita bersama-sama.Malu-malu pun berjemaah jugakan tak sendiri-sendiri.Tapi buat kerja gila dalam konteks baik tau,bukan dalam konteks jahat.Dah namanya sahabat,sahabat mana yang nak lihat sahabat dia sendiri rosakkan.


Disini,di tempat baru aku sekarang.Aku  selalu juga usha-usha sekumpulan sahabat ni.Aku yakin mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.Disaat-saat mereka bertemu salam di ucapakan sambil tangan erat bersalaman.Yang paling aku kagum dengan anak-anak muda macam dorang ini ialah,mereka selalu lepak kat masjid (Hurmm,klu nak cari jodoh cari macam mereka ne..serius).Mereka-mereka ni boleh tahan juga pandainya.Betullah apa yang ustaz aku pernah bagitahu dulu :


“...bila kita dekat dengan Allah,insyaAllah Allah pasti tolong kita untuk berjaya...”


Mungkin ada diantara kita lepas sahaja SPM semua terpecah ikut haluan masing-masing.Tapi tujuan kita cuma satu,berjaya dunia dan akhirat.Banggakan ibubapa kita.Walaubagaimanpun,ingatlah,dulu kita pernah berjuang bersama-sama dalam misi yang sama sebelum terpecah mengalas misi yang baru.


Doakan sahabat-sahabat kita.InsyaAllah,itulah sebaik-baik sahabat.Sahabat yang sentiasa ingat akan sahabatnya dalam setiap doanya.

Rindu sahabat-sahabat aku.Andai saja kau tahu.



>mata penaku punat papan kekunciku yang hilang satu-persatu<

2 comments:

  1. Salam sahabat,saya nak kongskan sedikit tips bloger dg anda,mungkin tips ini masih berguna lagi untuk anda

    http://ijoks2009.blogspot.com/2011/02/cara-pantas-nak-popularkan-blog-anda.html

    ReplyDelete
  2. Salam..sy xtaw mcm mana nk tukar..kurang jelas caranya..

    ReplyDelete