>mata penaku punat papan kekunciku yang hilan satu persatu


mencari cahaya dari sudut yang kian gelap menyembunyikan sakit dalam langkah pendosa yang tersenyum . . .

Friday 22 February 2013

...AKU ADA KERANA KAU ADA...







...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...



Cerita ini adalah buah fikiran dari fikiranku yang sedang berfikir untuk  menulis sesuatu yang insyaAllah membawa kita untuk berfikir kembali. ^^


Pada suatu hari (bedtime story mood activated), ada seorang wanita.Wanita yang lemah luarannya tapi dalamannya masya Allah hanya Allah yang lebih mengetahui kekuatan hamba-Nya itu.


Lelaki kesayangannya,yang dia beri seluruh jiwa dan raganya, selalu membuat hatinya terluka dan tak henti-henti berfikir siapa dia disisi “imamnya” itu sehingga dia dilakukan seperti wanita yang tidak lebih dari seorang pemuas nafsu yang tak punya hati dan perasaan untuk disayangi dan dimanja.


Bayangkan,bagaimana sebuah mahligai bahagia itu sekelip mata sahaja berubah menjadi sebuah drama yang tak seindah realitinya.

Agak perit jika dibayangkan,bagaimana dia boleh menjadi begitu kuat dan masih mampu bersabar sedangkan lelaki itu adalah lelaki yang dia berkongsi hidup selamanya (selagi masih bersama,selagi itu penderitaan berlanjutan) bukan lagi “boyafriend”nya yang bila putus sahaja perit itu tetap ada tapi insyaAllah pasti terubat jua cuma perlukan waktu sahaja (tahukah anda, luka dijari perlu masa untuk sembuh..??).

Fikirkan kembali.Sedangkan bila seseorang itu putus cinta sahaja,dah ada dah yang nak bunuh diri,benci pada golongan tertentu (lelaki/wanita),update status FB mula nak maki hamun orang dan berbagai macam lagilah karenah yang kita boleh nampak. 


Tapi..


Bayangkan pula bagaimana perasaan wanita itu??itu bukan lagi putus cinta tapi seperti putus harapan untuk bahagia masih juga mampu meneruskan hidup bersama “drama” itu.


Kenapa masih bertahan..??


Kerana dia bertahan untuk anak-anaknya.


2 benda yang dia selalu pesan pada anak-anaknya..


“...biar macam mana perit pun kehidupan mak ne,mak nak kamu tetap hormat pada ayah kamu tu.Dialah satu-satunya nak ayah kamu.Mak tak nak kamu hilang kasih sayang ayah seperti mana mak dulu.Sungguh perit hidup tanpa ayah makan pun harap ihsan orang, itu pun kena tahan maki dari mereka juga baru dapat makan, kalau tak, tahan lapar jaklah.Harapkan kerja mak mana mampulah nak tampung selama sebulan.1 lagi,Jangan jahat adik-beradik.Dulu mak sanggup kena maki untuk makanan, yang makanan itu semata-mata untuk adik mak,pak cik kamu sekarang.Saat-saat mak dimaki tu mak tahan jak,air mata mak bagai nak jatuh jak tapi mak tahan tuk adik mak.Mak tahu mak Cuma tumpang makan.Mak sedar bila mak melawan nanti pasti tak ada makanan masa tu.Mak dan pak cik kamu mana ada pelajaran,mengeja pun tak pandai,sebab apa..??sebab mak tak ada ayah waktu tu,atuk kamu meninggal awal.Kamu kena belajar bagus-bagus jangan warisi nasib mak ne.Itulah perjalanan yang Allah atur untuk mak.Kerana dia tahu disitu ada kehidupan yang baik buat mak,kerana mak ada KAMU.Ingat pesan mak,jangan sesekali kamu MEMBENCI AYAH KAMU...”


Dalam hati wanita itu,aku rasa telah teruk berparut jiwanya.Bila terluka ditampal.Terluka,tampal.Sehingga begitu banyak parut  hasil tampalan itu.


Hrmmm..buat kamu-kamu dan kita-kitalah ne..Aku tahu putus cinta itu sakit.Tapi fikirlah ianya kan menjadi lebih sakit bila kita tak mampu lagi meneruskan hidup selepas itu (kenapa bila kita “bercouple” kita rasa tak mampu lagi nak teruskan hidup ini,tak ada semangat dan berbagai macam..??kerana dalam perhubungan itu tak ada benda yang kita harus bertahan hidup dengannya melainkan dosa maksiat yang kita tak sedar).


Hidup ini adalah anugerah.Hargailah anugerah itu.Cinta itu milik Allah Tuhan yang Esa.Bila Dia izinkan tak ada yang mustahil dalam hidup ini.Teruskan hidup ini untuk mencari apa yang dicari sebenarnya.


Untuk aku dan semua.


Sayang mak dan ayah aku sangat-sangat serius andai mak dan ayah aku tahu (manjanya aku..haha).



>mata penaku punat papan kekunciku yang hilang satu-persatu<

No comments:

Post a Comment