>mata penaku punat papan kekunciku yang hilan satu persatu


mencari cahaya dari sudut yang kian gelap menyembunyikan sakit dalam langkah pendosa yang tersenyum . . .

Wednesday 7 November 2012

...DIA SI TUKANG SAPU...




...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ISNIN/ 05 NOVEMBER 2012

Tak dapat balik rumah akibat hujan yang lebat.Orang datang dengan kasut yang basah dan meninggalkan kesan hitam dan kotor pada lantai.Berdiri di situ sorang wanita (bila dilihat dari riak wajahnya mungkin seorang ibu kepada anak-anaknya) yang sentiasa membersihkan dan tetap sabar menjalankan amanah yang di berikan dan atas dasar itulah dia sentiasa mendapat gajinya tiap-tiap bulan.

Walaupun taklah seberapa,tapi rasanya dia bersyukur kerana ada rezeki yang halal dari usahanya dan mungkin itulah sahaja yang mampu dia lakukan untuk menampung kehidupannya.
Moralnya,kita mungkin tak sanggup melakukan kerja yang dia lakukan bahkan mungkin ada yang merungut dan malu dengan kerja sebegitu yang hanya layak untuk orang-orang yang kurang berpendidikan.

TAPI!!!!!!

INGATLAH!!!

Kerana dia,tempat yang kita tuju itu sentiasa bersih dan cantik.Cuba bayangkan jika tak ada orang seperti dia apa akan jadi dengan tempat tersebut..??Fikirlah.Sedangkan kita sendiri (termasuk diri aku yang jahat ini) kadang-kadang susah betul nak buang sampah ke dalam tong sampah inikan pula nak membersihkan.

KITA SENTIASA SALING MELENGKAPI.
JANGAN PANDANG HINA PADA ORANG LAIN.
KERANA KITA TAK AKAN MAMPU MENJADI DIA.
DAN DIA TAK AKAN MAMPU MENJADI KITA.
TAPI INGATLAH ALLAH KAN ADIL.
DIA BAGI KITA APA YANG KITA PERLUKAN BUKAN APA YANG KITA MAHU.
TERIMA KASIH UNTUK MEREKA...^^

p/s : Untuk aku dan semua.

>mata penaku punat papan kekunciku yang hilang satu persatu<

No comments:

Post a Comment