>mata penaku punat papan kekunciku yang hilan satu persatu


mencari cahaya dari sudut yang kian gelap menyembunyikan sakit dalam langkah pendosa yang tersenyum . . .

Saturday 9 March 2013

...KASUT KITA BERBEZA TAPI TUJUANNYA SAMA...




...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...



Sekarang pukul  2244 (jam tentera) a.k.a  10.24 minit malam (jam orang biasa),8 Mac 2013 dilokasi atas meja depan dinding dan sekarang ini lokasi telah bertukar tempat dimana aku sedang duduk diatas kerusi,tingkat 10 menghadap jalan raya enam lorong ditemani bulan yang tidak kelihatan nampaknya apatah lagi bintang.Berdendangkan irama enjin yang “sedap” sekali didengar (perghhh ayat gramatis habis).


Intro aku tak boleh blahh betul..haha


MATA  A : Hijau itu cantikkan?

MATA  B : Tak.Green lagi cantik (amboi)

MATA  A : Tak.Hijau paling cantik.

MATA  B : Tidak!!!Tidak!!! Green lagi PALING,SANGAT,TINGGI,PANJANG,LEBAR cantik                  (penegasan yang melampau batas-batas kemanusiaan)



Cantik itu subjektif (bukan objektif yang bulat-bulat exam tu ya).


Tak ada benda didunia ini yang tak cantik.Yang membezakan cuma PALING CANTIK dan KURANG CANTIK (ne pendapat aku). Bergantung bagaimana kita melihatnya.Selalunya kita melihat menggunakan nafsu sehinggakan bila kita dah dapat yang paling cantik pun kita masih juga mencari sesuatu yang lebih cantik dari itu.Itu yang aku maksudkan PALING CANTIK dan KURANG CANTIK.Kita nampak yang cantik itu menjadi kurang cantik kerana ada yang lebih cantik dari dia yang kita jumpa (banyak betul cantik). Pokoknya ia tetap cantikkan.


Ciptaan Allah semuanya unik.Dari keunikkan itulah pasti kita temui kecantikkannya.Begitu juga dengan ketampanan kita.


Jika orang tak pandang kita kerana kita tergolong dalam kategori “kurang” tersebut,jangan mengeluh atau menyesal dengan kewujudan kita,sebab Allah nak jadikan kita ini antara yang teristimewa.Istimewanya kita ini kerana,hanya orang-orang tertentu sahaja yang mampu melihat keindahan sebenar kita bilamana yang lain sedang dijamah kecantikkan/ketampanannya oleh ramai orang.Allah tak ciptakan kita ni sia-sia tau.Allah tahu apa yang terbaik buat kita.


... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya...

(AL-BAQARAH :AYAT 216)


Cuba bayangkan,jika kita dilahirkan dalam kategori “paling”,mungkin kita akan mudah lupa diri,mula bangga diri dengan kecantikkan/ketampanan tersebut.Allah tak suka orang macam itu (bila Allah suka kenapa tidak hamba-Nya dan bila Allah tak suka,dimana kita nak lari).Sebab itu Allah lahirkan kita dalam kategori “kurang”.


Dan orang yang lahir dalam kategori “paling” juga mungkin tak akan mampu hidup dalam kehidupan kita yang “kurang” ini sebab itu Allah jadikan dia lebih dari kita.Allah itu tak zalim.


Allah sayang kitakan.Jadi Allah kurniakan kita dengan kekurangan tersebut.Yakinlah,Allah dah ciptakan dah “seorang”  yang mampu melihat keindahan kita.Bila kita dah jumpa orang tersebut,mula timbul rasa sayang dan cinta,dan pada saat itu jangan cakap paras rupa,bau kentut pun terasa wangi.


Dia jalan hidup dia,dan kita jalan atas tapak kasut kita sendiri.Allah tahu itu jalan dia yang terbaik,dan Allah tahu ini jalan kita yang terbaik.Semuanya ujian Allah.


Syukuri apa yang ada.Hidup ini sebuah anugerah.Anugerah terindah buat orang tua kita.



>mata penaku punat papan kekunciku yang hilang satu-persatu<




No comments:

Post a Comment