...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Si kawan katil bawah (maklumlah katil 2 tingkat) datang
tiba-tiba depan pintu tandas yang tak berkunci dimana dalamnya ada si kawan
kati atas pula yang tengah mencuci muka.
KKB : Eh kawanku.
KKA : Ya sahabatku (dengan penuh skema betul ayatnya dalam
tandas tu).
KKB : Aku mahu bagitahu 1 fakta ni.
KKA : Apa dia (dengan penuh seriusnya dia mendengar sambil
mengosok-gosok mukanya).
KKB : Kau tahu tak di Brazil jadi penjenayah itu adalah 1
kesalahan.
KKA : (-_-#) Kalau
aku tendang kau + karate + silambam + silat + semua yang ada kau
jangan tanya kenapa ya (haha..sambil
memandang dengan pandangan yang tak boleh blahhh).
Haha..bestkan ada sahabat.
Aku pun ada seorang juga sahabat macam diatas tu.Kami tidur satu katil (jangan salah faham taw katil dua tingkat ne).InsyaAllah
tak lama lagi dia dah jadi dokter dah disaat-saat aku masih lagi mencari arah tuju
ini.
Bersahabat tu best sangat-sangat.Disaat-saat kita jauh dari
keluarga,Allah hantar kepada kita mereka-mereka ini agar kita tidak sepi dan
kekok dalam meneruskan hari-hari berbaki kita ini.Baikkan Allah.
Bila kita dah ada sahabat,lebih-lebih lagi yang satu kepala
dan satu hati dengan kita,masa itu kita buat kerja gila yang memalukan pun kita
sanggup juga buat kerana ada sahabat-sahabat kita bersama-sama.Malu-malu pun
berjemaah jugakan tak sendiri-sendiri.Tapi buat kerja gila dalam konteks baik
tau,bukan dalam konteks jahat.Dah namanya sahabat,sahabat mana yang nak lihat
sahabat dia sendiri rosakkan.
Disini,di tempat baru aku sekarang.Aku selalu juga usha-usha sekumpulan sahabat ni.Aku
yakin mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.Disaat-saat mereka bertemu salam
di ucapakan sambil tangan erat bersalaman.Yang paling aku kagum dengan
anak-anak muda macam dorang ini ialah,mereka selalu lepak kat masjid (Hurmm,klu
nak cari jodoh cari macam mereka ne..serius).Mereka-mereka ni boleh tahan juga
pandainya.Betullah apa yang ustaz aku pernah bagitahu dulu :
“...bila kita dekat dengan Allah,insyaAllah Allah pasti
tolong kita untuk berjaya...”
Mungkin ada diantara kita lepas sahaja SPM semua terpecah
ikut haluan masing-masing.Tapi tujuan kita cuma satu,berjaya dunia dan
akhirat.Banggakan ibubapa kita.Walaubagaimanpun,ingatlah,dulu kita pernah
berjuang bersama-sama dalam misi yang sama sebelum terpecah mengalas misi yang
baru.
Doakan sahabat-sahabat kita.InsyaAllah,itulah sebaik-baik
sahabat.Sahabat yang sentiasa ingat akan sahabatnya dalam setiap doanya.
Rindu sahabat-sahabat aku.Andai saja kau tahu.
>mata penaku punat papan kekunciku yang hilang
satu-persatu<