>mata penaku punat papan kekunciku yang hilan satu persatu


mencari cahaya dari sudut yang kian gelap menyembunyikan sakit dalam langkah pendosa yang tersenyum . . .

Tuesday 20 March 2012

...C.I.N.T.A...







…..BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…..

I LOVE YOU,AKU SAYANG DAN CINTAKAN KAMU SANGAT-SANGAT…
C.I.N.T.A..

 Itulah ayat yang selalu kita dengar dalam kehidupan seharian kita yang penuh dengan warna-warni cinta.Namun betulkah kita sekarang ini bercinta..??

Atau hanya mengikut nafsu semata-mata..

Cinta ini fitrah jangan sampai jadi fitnah kepada kita.

Kita hidup di dunia ini juga hasil cinta.Hebatnya cinta sehingga selipar jepun sekali pun wujud kerana cinta.Agak pelik didengar bukan..??

Tapi,cuba bayangkan,ilmu Allah itu maha tinggi begitu juga cinta-Nya.Allah tahu segalanya.Tanpa selipar ataupun kasut sukar untuk kita kemana-mana kesan daripada permukaan bumi yang berbeza-beza.Ada yang kasar,ada yang tajam dan beruntunglah bila permukaannya halus dan lembut.Kerana cintanya Allah kepada kita,maka Allah ilhamkan kepada si pereka selipar agar mencipta sesuatu yang boleh di gunakan agar dapat di lindungi tapak kaki kita yang juga saksi kepada kita di akhirat kelak.Maka dengan itu,pada hari ini pelbagai jenis selipar dan kasut yang mampu kita perolehi yang fungsinya tetap sama.
Subhanallah..

Jadi,dalam persoalan cinta ini,sering kita dengar pelbagai keluhan dan sesalan dalam mereka-mereka yang ber”cinta” tapi sebenarnya bukan cinta.Ada yang bunuh diri setelah putus cinta dan tidak kurang pula ada yang benci dengan cinta sehingga wujudnya ke”songsangan” dalam bercinta (lelaki-lelaki..wanita-wanita) .

Hidup ini hanya untuk Allah tiada yang lain,maka gapailah cinta Allah,dan bila cinta Allah (pemilik segalanya) kita dapat kenapa tidak cinta hamba-Nya.

Putus cinta bukanlah pengakhiran dalam hidup ini,tapi itulah pembelajaran dari Allah agar kita tahu bahawa Allah sedang mengajar kita erti hidup ini.Beruntunglah mereka-mereka yang di pilih ini untuk di uji Allah kerana sayangnya Allah kepada mereka sehingga Allah temukan mereka dengan seseorang yang salah agar mereka tahu bahawa Allah ada perancangan yang terbaik untuk mereka.Ingatlah janji Allah ,“lelaki  yang baik itu untuk wanita yang baik,dan lelaki yang jahat itu untuk wanita yang jahat”..jadi berusahalah untuk menjadi yang terbaik dari kita sibuk menghabiskan masa bersms atau bertelefon dengan si dia..insya-Allah pasti bertemu juga dengan jodoh yang senang bila mata memandang dirinya.
Setiap dari kita punya pasangan masing-masing dari Allah,yang di ciptakan oleh Allah untuk kita jaga dan sayangi,cuma masa dan waktu belum menemukan kita dengan pasangan kita.Dalam pencarian kita,kita mungkin di temukan dengan orang yang salah untuk kita beri cinta kita kepadanya, supaya suatu saat nanti bila kita telah bertemu dengan pasangan kita,kita akan lebih menghargai dirinya. Janganlah hendaknya kita menzalimi diri kita sendiri dengan mencintai sesuatu yang bukan milik kita.Selain itu,cuba kita fikir,layakkah kita MEMINTA,MENAGIH CINTA HAMBA-NYA ANDAI CINTA-NYA DAN RASUL BELUM,BELUM DAN BELUM KITA CUBA DAPATKAN…..   

Dan ingatlah..
”andai tiada cinta hamba-Nya untuk kita,cukup sajalah cinta-Nya menjadi peneman hidup ini.Dia lah yang selalu ada saat tiada sesiapa yang memahami dan menemani kita dan kepada-Nya jugalah kita akan kembali,maka hidupkan cinta Allah di hati ini dan cinta hamba-Nya di tapak tangan(sebagai satu amanah) kita bukan di hati agar bila cinta hamba-Nya mulai pudar kepada kita,mudah untuk kita lepaskan..”……
 ..untuk aku dan saudara-saudaraku..
…..ta’aruf,nikah baru COUPLE…..

Beruntunglah orang-orang yang Allah pisahkan dia dengan si dia yang salah itu,kerana dalam kita meneruskan perhubungan tersebut (couple) kita tidak sedar bahawa kita sudah mulai mencuba menghampiri zina..ingatlah syaitan itu hanya memrlukan ruang yang kecil untuk mengoda anak-anak  Adam… Wallahu a’lam…


>mata penaku punat papan kekunciku yang hilang satu persatu<

...KEGAGALAN(KEJAYAAN YANG TERTUNDA)...







...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

........tidak semestinya yang kita inginkan kita dapat dan boleh jadi sesuatu yang kita tidak ingin akan dapat akan kita rayu untuk memilikinya..
Inilah sebuah kehidupan yang kita harus atur "highway"nya..jika betul jalannya maka sampailah ke destinasinya jika salah laluannya maka tersekatlah kita dalam sesat dan mungkin sampai ke tempat yang di tuju tapi pasti lewat dari masa yang di tetapkan..

Seperti hidup ini, kita pasti hadapi kejayaan dan kegagalan(kejayaan yang tertangguh) dan yang pasti segalanya dari kita dan Allah penentunya..apa yang harus kita lakukan adalah sentiasa berusaha di samping berdoa agar segala yang kita lakukan akan menemui kejayaan sebelum bertawakkal kepada-Nya..

Walaupun kita hadapi kegagalan setelah itu,namun itu bukanlah pengakhir dalam novel hidup ini bahkan itulah permulaan kepada perjalanan ini..kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh..kejayaan terus dan kejayaan yang tertangguh itu umpama perjalanan dari dua tempat berbeza namun punya satu destinasi yang sama..

Dimana kejayaan terus itu umpama meneruskan perjalanan melalui sungai untuk sampai ke laut dan di sepanjang perjalanan itu hanya dapat melihat apa yang ada di sepanjang tebing-tebing sungai ,hadapan dan belakang sehinggalah dia sampai ke tempat yang di tuju dengan cepat tanpa rasa tersesat

..MANAKALA..

 Kejayaan yang tertangguh itu umpama terpaksa melalui semak samun dan mendaki bukit yang curam dan penghujungnnya akan sampai juga ke laut sama seperti perjalanan melalui sungai..namun di sepanjang perjalanan itu pelbagai  keperitan dan keadaan tempat dapat di lihat lebih-lebih lagi bila sampai ke puncak bukit pasti kita boleh nampak keindahan ciptaan Allah dari sudut pandangan yang cukup indah dan akhirnya akan sampai juga ke pantai dan terus menuju ke laut tetapi dalam tempoh masa yang lewat jika di bandingkan dengan melalui sungai..

Dari apa yang kita dapat lihat kedua-dua jalan ini berbeza tetapi mempunyai hala tuju yang sama dan pengalaman yang berbeza..

Seperti juga kejayaan terus dan kejayaan tertangguh ini..memang perit bila kita di pandang hina kerana tidak seperti teman-teman yang lain..namun kita harus ambil itu sebagai satu nasihat berharga bukannya hinaan kerana kita hidup ini untuk buat yang terbaik di mata Allah bukan di mata hamba-Nya..

Allah berikan kita kegagalan bukan bererti kita gagal selamanya namun Allah ingin kita belajar dari setiap apa yang berlaku kerana Allah tahu di saat teman-teman seperjuangan kita sedang kecapi kejayaan namun Allah latih kita untuk gagal kerana di situ ada sesuatu yang membuatkan kejayaan kita nanti satu nikmat yang berharga..

Allah berikan kita apa yang kita PERLUKAN bukan apa yang kita INGINKAN..

Allah pilih kita kerana sayangnya Allah kepada kita begitu juga Allah berikan kejayaan kepada teman-teman kita pasti kerana Allah sayangkan mereka dan Allah tahu di situ jalan terbaik mereka..

Hidup ini untuk Allah dan Allah untuk kita semua…I LOVE ALLAH..semoga Allah jadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur…amiin..


>mata penaku punat papan kekunciku yang hilang satu persatu<