>mata penaku punat papan kekunciku yang hilan satu persatu


mencari cahaya dari sudut yang kian gelap menyembunyikan sakit dalam langkah pendosa yang tersenyum . . .

Tuesday 26 February 2013

...HANYA KERANA KAU YANG CUKUP INDAH...









...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

HANYA AKU CAYANG KAU SOWANG (HACKS)

haha.. 

Sabuah lagi karya cap ayam yang terhasil bila neuron-neuron otak berhubung (kesan minum Anmum Essential) maka sel otak semakin cepat mencari input yang diterjemahkan melalui jari-jemari yang ligat menari-nari diatas punat kekunci (tapi ingatlah tarian itu bukan Gangnam style,kerana belia dan beliau benci Gangnam dan Harlem shake versi original or spicy).

Maka dengan ini bermulalah cerita ini.

Ingatlah wahai wanita-wanita yang aku hormati semuanya,aku menulis ini bukan kerana mencari salah dan silap tapi sekadar peringatan untuk diri aku sendiri kerana hidup aku memang dikelilingi wanita bukan kerana aku ramai peminat atau pun “aku skandal” tapi kerana aku dikelilingi wanita-wanita yang insyaAllah kearah menjadi wanita soleha untuk ibubapa dan suaminya (adik-adik akulah maksudnya ramai sangat perempuan).

Janganlah mudah percaya pada lelaki yang anda gelar Teman Lelaki (boyafriend) tu,sehingga anda tak kisah pun dia ajak anda ke rumahnya (kalau dia ajak pergi jumpa mak ayah dia ok juga) yang di huni rakan-rakan lelakinya yang lain.

Mana pergi maruah kewanitaanmu.Tahu tak betapa istimewanya dirimu wahai wanita sehingga pahalamu sentiasa belipat-lipat kali ganda disaat-saat engkau bergelar isteri nanti.Tidak kurang juga hebatnya jika engkau mendapat pahala syahid disaat-saat engkau meninggal dunia semasa melahirkan anak-anak soleh dan solehamu, dimana syurga mereka itu terletak dibawah tapak kakimu.

Jagalah keistimewaan itu.

 Allah pun sayang pada diri kamu wahai wanita,sehinggakan Allah beri korang “masa-masa istimewa” dimana pada masa itu dilarang kamu solat,sujud kepada-Nya sedangkan lelaki tidak.

Jadi,jika ada lelaki yang membuat hal sedemikian keatas korang (yakni yang diatas sekali tu),aku nasihatkan berfikirlah dulu sebelum kena.Cikgu aku ada pesan :

“...syaitan itu perlu ruang sebesar jarum jak untuk menggoda anak cucu Adam...”

Maka bayangkanlah,seberapa besar ruang yang engkau telah beri kepada syaitan jika engkau bertandang ke rumah dia.

Yang lelaki pun (termasuk diri aku sendiri),kita dilahirkan sebagai seorang pemimpin.Maka jika dah sukakan si dia tu (mandi tak kenyang,tidur tak basah) maka didiklah diri tu menjadi insan yang soleh,bukan bererti mesti menjadi sorang lelaki soleh tapi berusahalah dan tetapkan niat di dada untuk menjadi soleh, yang cintakan ilmu agar insyaAllah dapat kita pimpin rumah tangga kita sehingga ke syurga. 

Allah dah jadikan lelaki itu kuat untuk melindungi wanita yang secara fitrahnya lemah-lembut dan dengan sifat lemah-lembut itulah dia melayan karenah kita dan anak-anak nanti.

BUKANNYA

Kerana kita lelaki yang kuat dan hebat kita gunakan nikmat itu untuk merosakkan wanita-wanita di luar sana.

Dan bukan juga kerana sifat wanita yang lemah-lembut itu boleh mereka gunakan untuk menarik minat lelaki terhadapnya.

Nauzubillah..

Untuk aku dan semua.

P/S : Aku berbicara dengan jari bukan kerana aku baik dan sempurna,tapi aku berbicara dengan jari ini kerana aku tahu kita semua ingin jadi baik.Macam itu juga aku,jika aku salah korang betulkan insyaAllah kita sama-sama jadi baik..hehe

ISTERI : Apa buktinya abi cintakn umi sorang?abi nak berenangkah merentasi lautan  api pasifik?nak panjat gunung berapi pacak bendera cinta kita?
 
SUAMI : Umi (dengan muka cool dan selambanya), kalau setakat itu caranya nak buktikan cinta dan sayang abi pada umi baik tak payah.Siapalah yang nak mati hanya sekadar nak buktikan cintanya pada sorang pompuan jak pun.

ISTERI: Hurmm..(isteri merajuk)

SUAMI : (suami datang dari belakang peluk erat-erat,cium kepala ister sambil bisik di telinga isteri dia).Umi,abi dah butikn cinta dan sayang abi pada umi.PERTAMA:Abi tak nak bercinta dengan umi bila pertama kali jumpa umi.Abi pendam perasaan mengadu pada Allah lepas tu abi cuba dalami ilmu agama dengan harapan bila abi dah dpt dalaminya abi akan pinang umi dan didik cinta kita ke jalan yang di redahi Allah.Alhamdulillah skrang abi dah dpt dah umi,isteri abi yang manja sangat ne.KEDUA:Bila kita dah ada anak nanti abi akan didik mereka betul-betul supaya mereka dapat doakan kita bila kita dah tak ada lagi di dunia ne.Masa itu bila abi pergi dulu dari umi,abi bolehlah berasa lega dan mampu menunggu umi d pintu syurga nnt (bukan dalam lagu tu taw ne betul-betul).Kalau setakat nak merentasi lautan api tu,itu nak pecahkan Malaysian Books of Record jak tu sayang ..cinta Abi jauh lagi dari itu..Rekod dia Allah yang pegang..^^

ISTERI: (mengalirkan air mata sambil berpaling ke dada suaminya dan mendakapnya erat-erat) Terima kasih abi kerana sudi jadi imam umi.Terima kasih kerana sudi jadi ayah dan bukannya teman lelaki kepada anak-anak umi nanti.Sayang abi sangat-sangat.

JANGAN KERANA CINTA AKU DI NERAKA

>mata penaku punat papan kekunciku yang hilang satu-persatu<

4 comments:

  1. Salam tuan tanah,n3 yang bagus tp kalau boleh tulisan tu ekjas besar sikit dan jgn banyak sangat warna ,kalau orang yang tak berapa muda macam aku ni susah sikit nak baca,
    peace no war.haha

    ReplyDelete
  2. w'salam wbt..maaf sy budak baru belajar..insyaAllah bakal diperbaiki..mohon doanya dan tunjuk ajar dari semua..^^

    ReplyDelete
  3. Teruskan menulis,semoga tulisan kita akan menjadi bekalan amal kebajikan di akhirat nanti bukannya membaca bencana.

    Sabda rasul,sampaikan dariku walau sepatah ayat.
    p/s: Jika tak mampu menjadi lampu yang menerangi kegelapan ,jadilah cermin yang memantulkan cahaya itu dan jangan jadi dinding yang menghalangi cahaya itu.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah..mohon doanya sangat2 agar apa yang ditulis mampu memberi impak pada diri sy sendiri ..semoga ikhlas sentiasa dalam setiap entry dalam blog ini..aamiin..

    ReplyDelete