>mata penaku punat papan kekunciku yang hilan satu persatu


mencari cahaya dari sudut yang kian gelap menyembunyikan sakit dalam langkah pendosa yang tersenyum . . .

Tuesday 20 March 2012

...KEGAGALAN(KEJAYAAN YANG TERTUNDA)...







...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

........tidak semestinya yang kita inginkan kita dapat dan boleh jadi sesuatu yang kita tidak ingin akan dapat akan kita rayu untuk memilikinya..
Inilah sebuah kehidupan yang kita harus atur "highway"nya..jika betul jalannya maka sampailah ke destinasinya jika salah laluannya maka tersekatlah kita dalam sesat dan mungkin sampai ke tempat yang di tuju tapi pasti lewat dari masa yang di tetapkan..

Seperti hidup ini, kita pasti hadapi kejayaan dan kegagalan(kejayaan yang tertangguh) dan yang pasti segalanya dari kita dan Allah penentunya..apa yang harus kita lakukan adalah sentiasa berusaha di samping berdoa agar segala yang kita lakukan akan menemui kejayaan sebelum bertawakkal kepada-Nya..

Walaupun kita hadapi kegagalan setelah itu,namun itu bukanlah pengakhir dalam novel hidup ini bahkan itulah permulaan kepada perjalanan ini..kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh..kejayaan terus dan kejayaan yang tertangguh itu umpama perjalanan dari dua tempat berbeza namun punya satu destinasi yang sama..

Dimana kejayaan terus itu umpama meneruskan perjalanan melalui sungai untuk sampai ke laut dan di sepanjang perjalanan itu hanya dapat melihat apa yang ada di sepanjang tebing-tebing sungai ,hadapan dan belakang sehinggalah dia sampai ke tempat yang di tuju dengan cepat tanpa rasa tersesat

..MANAKALA..

 Kejayaan yang tertangguh itu umpama terpaksa melalui semak samun dan mendaki bukit yang curam dan penghujungnnya akan sampai juga ke laut sama seperti perjalanan melalui sungai..namun di sepanjang perjalanan itu pelbagai  keperitan dan keadaan tempat dapat di lihat lebih-lebih lagi bila sampai ke puncak bukit pasti kita boleh nampak keindahan ciptaan Allah dari sudut pandangan yang cukup indah dan akhirnya akan sampai juga ke pantai dan terus menuju ke laut tetapi dalam tempoh masa yang lewat jika di bandingkan dengan melalui sungai..

Dari apa yang kita dapat lihat kedua-dua jalan ini berbeza tetapi mempunyai hala tuju yang sama dan pengalaman yang berbeza..

Seperti juga kejayaan terus dan kejayaan tertangguh ini..memang perit bila kita di pandang hina kerana tidak seperti teman-teman yang lain..namun kita harus ambil itu sebagai satu nasihat berharga bukannya hinaan kerana kita hidup ini untuk buat yang terbaik di mata Allah bukan di mata hamba-Nya..

Allah berikan kita kegagalan bukan bererti kita gagal selamanya namun Allah ingin kita belajar dari setiap apa yang berlaku kerana Allah tahu di saat teman-teman seperjuangan kita sedang kecapi kejayaan namun Allah latih kita untuk gagal kerana di situ ada sesuatu yang membuatkan kejayaan kita nanti satu nikmat yang berharga..

Allah berikan kita apa yang kita PERLUKAN bukan apa yang kita INGINKAN..

Allah pilih kita kerana sayangnya Allah kepada kita begitu juga Allah berikan kejayaan kepada teman-teman kita pasti kerana Allah sayangkan mereka dan Allah tahu di situ jalan terbaik mereka..

Hidup ini untuk Allah dan Allah untuk kita semua…I LOVE ALLAH..semoga Allah jadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur…amiin..


>mata penaku punat papan kekunciku yang hilang satu persatu<

No comments:

Post a Comment