...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Sabuah karya anak omak aku.(aku tak pandai buat lawak,tapi
bila aku buat orang semua takut nak senyum..haha)
ANAK EMAK A : kau kerja apa?
ANAK EMAK B : dokter.
ANAK EMAK A : hebatnya kau.Jelez dengan kau.
ANAK EMAK B : tak adalah biasa jak (dalam hati..hahahahahaha).
ANAK EMAK A : berapa gaji kau??dah kawen belum??aku ada adik
seorang baik punyeeee....
ANAK EMAK B : (-_- “)
(ADA TAK ORANG TANYA KAU ANAK SIAPA??SIAPA YANG LAHIRKAN KAU??)
Hurmmmmm...
Aku lahir dari rahim seorang wanita.
Sakitnya dia
melahirkanku umpama tulang belakangnya di patah-patahkan.
Aku membesar dari kudrat yang lemah seorang wanita.
Seorang wanita yang selalu berkata :
“...nak, mak bukan apa,semua yang mak suruh pun untuk kebaikkan kau juga.Mak esok lusa dah mati yang tinggal kau.Mak tak nak tengok kau hidup terabai bila mak tak ada...”
Itulah mak aku.
IBU tu wajah terindah dalam hidup ini.
Mak aku selalu pesan :
“...Allah tak akan
hantar terus malaikatnya kepada kita untuk menegur kita apa yang baik dan apa
yg buruk TETAPI Allah kirimkan kita ibubapa kita utk membimbing kita...”.
Di sebalik kehebatan kita hari ini,ibu kitalah di sebaliknya
dan dialah orang yang sentiasa berkerja di belakang tabir bila mana nama kita di
sebut-sebut oleh org ramai atas kejayaan kita.
Alhamdulillah ya Allah untuk ibu aku dan ibu-ibu yang lain.
Ada ibu ne,tak sanggup melihat anak dia kelaparan,dia
sanggup tebal muka utk meminjam duit,tapi apa yg dia dapat bukan duit,tapi rasa
terhina diperlakukan seperti orang bodoh,tak dapat duit tapi kepenatan dan
hinaan.
Cuba fikir kenapalah dia sanggup menebal muka meminjam duit?
(aku memang suka
tanya soalan dan aku jawab sendiri.. -_-)
Kenapalah dia hanya terima hinaan itu?kenapa?
Kerana semuanya kerana ANAK-ANAKNYA YG KELAPARAN DIRUMAH.
Hebatkn ibu.
Telefonlah mak tu jangan nak “LEBIU-LEBIU” sangat kat makwe
pakwe kita tu.
Janganlah nak telefon “boyafren/gilafren” jak.
Jangan sampai dokter yang telefon kita bagitahu kita,
MAK DAH TAKDE.
Rindu plak dengan mak aku..aishhhh.
huhuk..
Untuk aku dan semua.
“...mak nanti bila dah besar nanti Acap belikan mak sebidang
tanah,rumah dan kedai macam yang mak idamkan tu...”
“...eh,kau ingat kau tu kecil lagikah Cap.Umur kau tu dah 20
dah...”
“... -_-....” (hahahaha..baru
tersedar dari lamunan)
>mata penaku punat papan kekunciku yang hilang
satu-persatu<
seronok entry niii =)
ReplyDeleteAlhamdulillah..moga ada manfaat...^^
Delete